Anda perlukan komputer
versi Windows atau Mac untuk memasang DJI Assistant 2 Selain itu, anda akan
dikehendaki menyambungkan produk DJI anda ke komputer menggunakan kabel data
dan kuasa pada peranti anda. Setelah peranti anda dikenali, anda boleh downgrade
firmware.Itu secara ringkasnya, baik sebelum itu tahukah anda apa itu perisian
DJI Assistant 2
DJI Assistant 2 adalah
perisian yang dicipta oleh DJI, sebuah syarikat yang terkenal dengan pembuatan
dron. Perisian ini bertindak sebagai alat bantu untuk menguruskan dan
mengemaskini perisian dron DJI, seperti sistem penerbangan, firmware, dan
tetapan lain. DJI Assistant 2 juga membolehkan pengguna untuk menjalankan
diagnosis, mengkonfigurasi peralatan, dan membuat kemas kini perisian bagi
memastikan prestasi yang optimum dari dron DJI mereka.
Ini adalah alat yang
berguna bagi mereka yang memiliki dron DJI dan ingin memastikan bahawa
peralatan mereka berfungsi dengan baik serta mendapat manfaat dari kemas kini
terkini.Bukan itu sahaja malah perisian ini turut digunakan untuk downgrade firmware
sekiranya berlaku ketidakserasian sistem operasi atau dengan hardware berkaitan
dron.
Di bawan ini langkah demi
langkah untuk downgrade firmware :
- Pastikan dron anda mempunyai bateri yang mencukupi
- Mempunyai sambungan yang stabil ke Internet
- Muat turun dan pasang versi DJI Assistant 2 terlebih
dahulu
- Hidupkan peranti DJI dan sambungkannya ke komputer
menggunakan kabel
- Menu akan terpapar di krin komputer anda
- Pilih produk list DJI anda setelah ia disambungkan
daripada perisian DJI Assistant 2
- Semak versi semasa dan versi yang anda ingin downgrade
- Klik pada butang downgrade
- Tunggu sampai selesai dan restart dron anda