MRANTI PARK, 9 Julai ( Dron Malaysia ) - Norarisya binti Zuraidy merupakan peserta remaja perempuan tunggal Malaysia yang beraksi di MultiGP Global Drone Qualifier 2023 bersama 40 peserta lain dari beberapa negara lain yang turut menyertai pertandingan ini.
Arisya, berusia 15 tahun, pelajar dari SMK Protoncity Tanjung Malim, Perak.Mula berjinak dengan aktiviti dron sejak 2018 bersama ayahnya Encik Zuriady Shamsudin yang juga seorang penggemar sukan dron.
" Arisya selalu ikut saya untuk fly ambik gambar dan juga training FPV. Lama-lama dia teringin mencuba bila saya offer dia kepada hobi ini. Dia juga selalu mengikuti perkembangan pelumba - pelumba dron Malaysia dan antarabangsa di media sosial."
Tambah ayahnya lagi, Arisya mula aktif dengan dron perlumbaan FPV pada Februari lalu dengan menjalani latihan pada setiap sabtu dan ahad.
Acara pertandingan ini adalah kolaborasi antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan Drone Racing Association Malaysia (DRAM) yang berlangsung selama 2 hari di Area 57, Mranti Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi pemilihan ke peringkat antarabangsa nanti.
Acara ini turut dihadiri oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.