SHAH ALAM, 9 Jun (dronmalaysia) - Pembuktian uji konsep (POC) penghantaran penjagaan kesihatan menggunakan dron di Hospital Avisena, Shah Alam telah berjaya dilaksanakan dengan mematuhi panduan keselamatan yang digariskan oleh pihak berkuasa.
Ianya merupakan penerbangan pertama yang dilakukan di kawasan perbandaran bersama muatan penjagaan kesihatan dengan speksifikasi dan piawaian yang diluluskan dari pihak CAAM.
Bagi meningkatkan pemantauan dan pengawasan keadaan trafik udara, aplikasi pengurusan trafik - Unmanned Traffic Management (UTM) turut digunakan untuk mengesan pergerakan dron berkenaan dan pesawat lain secara real-time yang merupakan salah satu fungsi yang terdapat di dalam sistem berkenaan. Sebuah dron model DJI Matrice 300 RTK lengkap payload bersama peranti pengesan dron digunakan dalam sesi uji konsep ini.
Penerbangan sejauh 2.9 km ini merekodkan masa selama 6 minit dari Hospital Avisena di seksyen 14, di sini sebelum tiba ke destinasinya di seksyen 7 bersama muatan penjagaan kesihatan berbanding 11 minit jika menggunakan kenderaan dengan jarak 4.1 km.
Inovasi konsep penerbangan ini direalisasikan oleh Avisena Healthcare Sdn Bhd (Avisena), MHS Aviation Berhad (MHS), dan Kreatif Apps Sdn Bhd (Kreatif Apps) dalam usaha bersama meneroka potensi penggunaan dron bagi penghantaran perubatan di kawasan bandar.
Avisena menjangkakan akan mengintegrasikan perkhidmatan penghantaran dron ke dalam tawaran mereka, termasuk TrueCare2U, bagi menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang pantas dan efisien dalam masa 2 tahun lagi.
Selain Avisena Healthcare, MHS Aviation, Kreatif Apps, Datasonic, MAMPU, ILSAS, MUVA serta pihak media turut hadir dalam acara POC ini adalah pegawai - pegawai dari pihak CAAM bagi tujuan pemantauan.