Dron kini tidak lagi sebagai objek permainan malah berpotensi memberi kesan keselamatan samada pengguna di udara dan di darat, tegas dan berhemah dari Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Penerbangan CAAM, Kapten Haji Wafi bin Abdulfatah Haron ketika menyampaikan ceramah mengenai kebenaran dan keselamatan penggunaan UAS di ruang udara Malaysia di MIAT, UNIKL hari ini.
Pada tahun 2023 bakal memperlihatkan sistem Unmanned Aircraft System Traffic Management (UTM) bagi tujuan pengurusan kawalan trafik UAS serta memudahkan semua urusan permohonan untuk terbang di dalam satu aplikasi khas.
Antara topik yang disentuh adalah soal keselamatan, Peraturan dan Undang - undang berkaitan penggunaan UAS, Panduan memohon Kebenaran Untuk Terbang (ATF) dan masa depan UAS di Malaysia di mana beberapa kategori operasi dron seperti Open, Spesific dan Certified akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Menurut Dr Zulhilmy Sahwee, UAS Research Cluster Leader, Avionics Section, UNIKL MIAT, Sesi penerangan yang melibatkan pelajar, penyelidik dan orang awam merupakan yang pertama di adakan di universiti tempatan bagi memberi ruang kepada semua pihak terutamanya pelajar mengenai aspek perundangan dron dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Sesi ini mendapat sambutan baik dari audiens dan berharap ianya dapat diadakan dari masa ke semasa supaya dapat memberi kesedaran kepada orang awam terutamanya aspek keselamatan.