Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)
dengan kerjasama iGROW Perak akan mengadakan kursus Kendalian Dron dan Pemetaan
bagi fasa ke 4 di bawah program TVET Mahir Kerja pada November ini yang terbuka
kepada anak - anak Perak sahaja.
Latihan akan dijalankan selama
lima (5) hari di mana peserta akan dibimbing mengenali fungsi dron dan komponen
berkaitan, peraturan dan undang - undang dan peraturan ruang udara di Malaysia.
Selain itu peserta juga akan
berpeluang menerbangkan dron secara simulator dan praktikal dan seterusnya akan
belajar teknik dan bagaimana mengambil gambar dan video arial menggunakan dron
termasuklah cara memproses dan mengedit gambar dan video menggunakan perisian
tertentu.
Asas pemetaan turut didedahkan
kepada peserta sebagai pengetahuan tambahan.Kursus ini dijangkan akan
dijalankan pada 12hb - 16hb November ini dan pendaftarannya masih dibuka.
Semua peserta yang layak menyertai
latihan ini akan menerima elaun latihan sebanyak RM300 ( mengikut syarat dan
terma ) dan sijil kehadiran.
PASAK merupakan agensi yang
dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah Jawatankuasa Pendidikan,
Pengajian tinggi dan Sumber Manusia yang bermatlamat melahirkan tenaga mahir
bagi memenuhi keperluan pelbagai sektor dalam dan luar negeri.
Disamping itu, agensi ini juga
berperanan untuk membangunkan masyarakat yang lebih kompetetif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf
ekosistem sosio ekonomi di Negeri Perak.