Iskandar Skills telah menjalankan program pemerkasaan teknologi dron bersama peserta Johor Apprentice 2022 pada beberapa hari yang lalu.
Johor Apprenticre 2022 merupakan satu program khas yang dibangunkan oleh pentadbiran kerajaan Negeri Johor serta GLC bagi memberikan pendedahan dan peluang kepada golongan belia untuk menghadapi alam pekerjaan.
Ia juga merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan khususnya anak jati Johor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti tempatan atau luar negara.
Skim latihan ini berjalan selama 6 bulan yang bermula pada Jun hingga November 2022. Matlamat utama skim adalah untuk membina individu yang berpersonaliti dan berketerampilan dari segi kepimpinan. Elaun juga akan diberikan kepada peserta yang mengikuti program ini.
Iskandar skills merupakan Kolej TVET pertama di Johor dengan Sijil Pengendalian dron level 2 dan 3 SKM. Persijilan ini diiktirafkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran , Kementerian Sumber manusia.