Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor berjaya
menghasilkan sebuah dron multirotor VTOL versi kargo yang mampu mengangkat
muatan seberat 200 kg.
Usaha dan ketekunan hampir 2 tahun oleh sekumpulan penyelidik dari pelbagai bidang kemahiran universiti ini dan pakar industri yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Zamri Omar telah menyenaraikan UTHM di dalam Malaysia Book of Record bagi kategori beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron.
Menurut sumber video dari saluran Youtube, DidikTV KPM, semua aktiviti merekabentuk dron seberat 400 kg ini termasuk fabrikasi komponen, integrasi sistem dan pengujian penerbangan dibuat di fasiliti makmal Projek C - Dron, kampus induk UTHM dan dibiayai oleh
Kementerian Pengajian Tinggi dan dana UTHM sendiri.
Naib Canselor UTHM, Profesor Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim turut berkata inisiatif ini bermula dengan cabaran untuk menghasilkan dron berkuasa besar yang mampu mengangkat muatan seberat 200 kg. Kejayaan ini bakal membentuk lanskap baru di dalam industri pengangkutan dron tanah air.