Bayangkan kesesakan ruang udara di Malaysia dipenuhi dengan kereta terbang, dron komersil, dron penghantaran barang, dron hobi dan lain - lain jenis lagi dalam masa 30 tahun akan datang.
Sekarang kita sudah melangkah ke arah kenderaan mobiliti udara ( UAM) di mana
Malaysia telah pun membuat tempahan sebanyak 60 unit AAV dari sebuah syarikat di China baru - baru ini.
Mengikut Youtube channel dari Euronews, SESAR sebuah program
kerjasama pemodenan infrastruktur
kawalan trafik udara Eropah menganggarkan menjelang 2050, hampir 7.5 juta uav komersial termasuk dron
hobi dijangka akan beroperasi di langit Eropah.
Menurut video itu lagi, terdapat sekumpulan penyelidik di
Sepanyol telah mengadakan sesi ujian penerbangan secara beramai - ramai di bandar Valencia baru - baru ini. Tujuan
ujian sistem ini adalah untuk mengesan
pergerakan dron antara satu sama lain dan seterusnya memberi panduan kepada
pilot untuk melakukan manuver mengelak dari berlaku perlanggaran di antara satu sama lain.
Percubaan sistem pengurusan udara ini tak ubah seperti
sebuah pusat kawalan udara tetapi direka khas untuk kenderaan udara tanpa
pemandu UAV.
Kita sepatutnya sudah merangka sistem seperti ini lebih awal supaya perancangan ekosistem kenderaan mobiliti udara lebih cekap dan berkesan.