Akademi Sukan Dron (AKSADON) yang berpusat di Tasik Paya Bugor, Pahang ini bakal melahirkan bakat - bakat baru di pelbagai sektor dalam indusri dron tanah air.
Kawasan sukan dan rekreasi seluas 3.15 ekar ini bakal menyediakan pelbagai kemudahan kepada penggiat sukan dron termasuk pit pilot dron, tempat penonton dan menara kawalan.
Sesuai dengan aspirasi negara untk menjadi pemain utama dalam industri dron dan hab dron bagi rantau ASEAN, Futurise Sdn. Bhd memaklumkan bahawa akademi ini juga menyediakan kawasan lapang yang sangat sesuai untuk rekreasi dan penerbangan UAV berprestasi tinggi.
Selain sebagai pusat inovasi dron, akademi ini akan dikenali sebagai pusat sehenti cemerlang di mana terdapat bilik latihan dan simulator penerbangan serta ruang kerja dan penginapan bagi memudahkan pelbagai latihan dan program dron dijalankan.
Pusat ini sesunguhnya akan menjadi pemangkin untuk melahirkan ramai belia berkemahiran di dalam sukan dan industri dron terutamanya anak Pahang dan Pantai Timur.
Akademi ini dijangka siap pada hujung tahun ini yang diusahakan di atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Ianya akan diuruskan oleh pihak Futurise Sdn. Bhd, selaku anak syarikat milik penuh Cyberview Sdb. Bhd. di bawah Kementerian Kewangan.