Pengeluar dron terkenal Amerika Syarikat Skydio telah mengeluarkan fungsi baru yang dipanggil Skydio KeyFrame. Fungsi ini membolehkan pengguna dron Skydio 2 dan Skydio 2+ versi baru yang diperkenalkan mendesain dan membuat tangkapan sinematik yang lancar dan kompleks dengan hanya beberapa langkah.
Sentuhan unik ini memberi ruang kepada penggiat dron ala - ala movie untuk mengambil sudut yang sebelum ini amat sukar dilakukan dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
Menurut liputan yang dibuat oleh portal Drone DJ , Skydio bakal muncul sebagai dron sinematogafi paling ikonik di dalam industri kreatif.
Di bawah ini adalah video yang diambil menggunakan fungsi Skydio KeyFrame.