Kebiasaan proses kalibrasi sesebuah dron bersaiz biasa hanyalah menggunakan tangan untuk membuat pusingan.Tahukah anda bagaimana kaliberasi kompas untuk dron bersaiz besar?
Beginilah cara kalibrasi kompas dibuat untuk dron bersaiz besar sampai terpaksa didukung erat. Drone pertanian ini dikeluarkan oleh syarikat Ji Jia Technology Co. Ltd dari China. Fiuslaj atau framenya diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi supaya tahan lebih lama dan kalis air.
90% badan dron ini diperbuat dari bahan carbon fiber dan aliminium khas yang dikatakan lebih baik dari bahan plastik. Perhatikan bagaimana dron ini dipusingkan ikut arah jam secara horizontal dan vertical sehinggalah sampai lampu merah menyala. Dianggarkan mungkin berat sekitar 20kg, bayangkan jika terpaksa dilakukan setiap kali penerbangan dibuat.