Sejak beberapa hari selepas itu, aku terkenangkan pengalaman itu dan terasa ada hikmah disebalik bermain dengan dron ini. Bagi aku mengendalikan dron ini tak ubah seperti kita mengemudikan kehidupan kita seharian. Kena ada ilmu, kena ada mentor dan tidak boleh terjah terbang begitu sahaja. Jika kita kalut maka akan ke lautlah perginya tidak kembali lagi ( ayat ini hanya pilot dron sahaja yang tahu ).
Bila berada di tempat tinggi, badai mula menyapa kadang2 ganas sampai diberitakan dia sudah tidak dapat pulang lagi .Sekiranya ini berlaku tanpa ilmu dan pengalaman dari mentor pasti jahanam kehidupan kita maksudnya setting lost connection pada dron tidak diperhalusi sebelum felai.
Bila merantau di belantara hutan berpuaka, Kadang - kadang kita hilang dari pandangan dan lalai dari pedoman hidup. Ketika kita tersedar sudah agak jauh dan mahu pulang pada ketika itu kita sudah mulai hilang kekuatan untuk pulang dan akhirnya tersungkur jatuh tersesat dan hilang di dalam perjalanan pulang.
Pada saat kita sihat dan gah bermain di atas lautan biru, kita mula terpesona dengan kilauan laut luas yang melambai - lambai dari bawah dan lantaran tidak dapat mengawal diri maka rebahlah lalu tenggelam dengan mimpi sadis yang tersimpan di dalam kotak memori.
Peringatan untuk diri ini, mahu RTH kepada Allah pun semestinya berilmu.